Walaupun baru 18 tahun, suami 'surprise' kereta Ford Mustang buat isteri sebak

Oleh: Zuzu Yasmine

Perkahwinan pada usia yang muda ini sudah menjadi satu perkara yang biasa pada ketika ini. Bukan saja dapat elakkan maksiat, tetapi perkahwinan juga dapat memupuk rasa tanggung jawab dalam diri setiap individu.

Seperti pasangan ini, walaupun baru sahaja berumur 18 tahun, namun kedua-duanya tidak takut memilih untuk menghalalkan hubungan pada usia yang muda itu.



Bagaimanapun, pasangan ini mendapat perhatian warganet apabila pengantin lelaki dikatakan memberi sebuah kereta buat isterinya.

Menerusi video yang dimuat naik di aplikasi TikTok Ayunie, memaparkan pasangan muda yang lengkap berbusana pengantin serta dikelilingi rakan terdekat.

Berdasarkan video tersebut, awalnya pengantin perempuan ditutup matanya dengan kain sebelum menerima kejutan dari suami tercinta iaitu sebuah kereta jenama Ford Mustang pada hari istimewa mereka.

Pengantin perempuan juga dilihat sebak selepas menerima kejutan tersebut sebelum berkali-kali memeluk suaminya. Difahamkan kejutan tersebut bersempena hari penikahan mereka.

“Tq suami, suprise kan MUSTANG pada hari perkahwinan kita hari ni, walaupon usia kita baru 18 tahun! Nanti Yuni akan cerita macam mana kami capai tahap ni,” luahnya.



Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut rasa gembira malah bangga kerana diusia yang muda mampu menghadiahkan kereta buat isteri tercinta.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen