"Bagi saya duit adalah segala-galanya."- Janna Nick akui bukan datang dari keluarga senang sehingga terpaksa berhenti belajar

Setiap orang pastinya mempunyai impian ingin menyambung pangajian ke peringkat yang tertinggi. Namun ada yang terpaksa melupakan impian mereka gara-gara kurang berkemampuan ingin menampung kos pengajian yang memakan jumlah ribuan ringgit.

Bagi yang tidak mengetahui latar belakang pendidikan Janna Nick, dia merupakan antara pelajar yang mempunyai prestasi yang cemerlang di sekolah dahulu.

Meskipun diberi peluang untuk menyambung pengajian di sebuah universiti namun dia terpaksa berhenti di tengah jalan gara-gara masalah kewangan yang dihadapi oleh keluarganya.

Bukan dari keluarga senang

Mengakui akan hal itu, pelakon drama Melastik Ke Hatimu tidak teragak-agak menyatakan bahawa dia bukanlah datang dari keluarga yang senang.

"Perkara yang orang lain tak tahu adalah saya bukan datang dari keluarga yang senang. Saya memang dah belajar separuh jalan tetapi 'drop' sebab saya pentingkan duit."

-Janna Nick-

Duit adalah segala-galanya

Setelah sekian lama menceburi bidang seni, nama dan bakatnya sering menjadi bualan hangat peminat-peminat di luar sana.

Namun di sebalik kejayaan tersebut mungkin ada yang tidak tahu bahawa dia mempunyai slogan hidupnya sendiri iaitu 'duit adalah segala-segalanya' yang mendorong dia sehingga ke tahap ini meskipun terpaksa melalui detik sukar ketika dahulu bilamana dia terpaksa berhenti menyambung pengajian.

"Bagi saya, duit adalah segalanya. Jadi saya kena selesaikan banyak benda dari segi kewangan, my goals dan impian saya."

-Janna Nick-

Impian untuk sambung belajar

Walaupun sudah lama berjinak-jinak dalam industri lakonan namun Janna masih menyimpan hasrat untuk menyambung pengajian kerana itu merupakan sebahagian daripada impiannya.

"Sambung belajar adalah satu impian saya juga. Dan saya rasa tak pernah lewat untuk seseorang itu sambung belajar. Nanti saya rileks, saya buat."

-Janna Nick-

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen