"Macam tulang ayam yang ditarik dagingnya."- Kematian kejam kucing seperti ada motif

Hanya pencinta kucing dapat merasakan betapa sedih dan luluhnya hati apabila didapati haiwan itu hilang ataupun mati. Rasa resah itu seperti tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.

Namun memang benar tak semua manusia gemarkan haiwan peliharaan lebih-lebih lagi sejenis yang berbulu seperti kucing tetapi itu bukanlah alasan untuk kita bertindak kejam dengan haiwan comel ini seperti menyeksa, membakar dan sebagainya.

Manusia kejam

Terbaharu, seorang gadis telah melaporkan bahawa kucing peliharannya ditemui mati dalam keadaan yang sangat kejam apabila kempat-empat kakinya putus dan sedang sarat mengandung.

"Macam tulang ayam yang ditarik dagingnya. Kucing saya yang mati tu namanya 'Cantik', tengah sarat mengandung."

-Salina-

Jumpa belakang kereta

Menurut pemilik kucing itu yang dikenali Salina memaklumkan bahawa berita kematian kucingnya telah diberitahu oleh keluarganya sendiri apabila mereka menemui kotak di belakang kereta.

"Saya ada di pejabat. Kemudian keluarga maklumkan nampak kucing kami mati, ditinggalkan dalam kotak di belakang kereta."

-Salina-

Kematian bermotif

Kejadian itu benar-benar memberi kesan kepada Salina dan keluarganya kerana dia menyatakan bahawa mereka tidak pernah alami pengalaman seperti itu.

Bagaimanapun kejadian itu turut membuatkan Salina berandaian bahawa pembunuhan Cantik mempunyai motif membuatkan dia segera melaporkan kepada polis takut jika ada perkara yang tidak dingini berlaku lagi.

"Rasa terancam sebab kucing saya seperti dibunuh di tempat lain sebelum ditinggalkan di dalam kotak. Kalau tak ada motif, kenapa tak buang terus je?"

-Salina-

Susulan kejadian tersebut, tambah Salina lagi dia tidak mahu mengesyak sesiapa dalang di sebalik kematian Cantik terutamnya jiran-jiran kerana mereka juga membela kucing.

Bagaimanpun, rasa terkilan itu sudah semestinya masih menebal dalam dirinya. Justeru itu Salina berharap agar pelaku menerima hukuman yang setimpal.

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen