Individu keliru dengan sempadan daerah lepas dikenakan kompaun, Ketua Polis Shah Alam beri jalan akhir

Umum sedia maklum bahawa sekatan jalan raya masih berkuatkuasa di seluruh negeri meskipun ada sebahagiannya bukan lagi antara negeri yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan itu bermakna orang ramai masih belum dibenarkan untuk merentas daerah atau negeri sewenang-wenangnya kecuali disertakan dengan keizinan balai polis berdekatan.

Namun lain pula yang jadinya apabila berlakunya kekeliruan terhadap seorang individu ini yang telah dikenakan kompaun kerana dipercayai merentas daerah walhal lokasi tersebut masih dalam daerah yang sama.

Merungkai kekeliruan

Susulan kejadian tersebut, Ketua Polis Shah Alam iaitu Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib mengalu-alukan kedatangan individu tersebut untuk berjumpa sendiri dengannya di IPD Shah Alam bagi merungkai kekeliruan tersebut.

Difahamkan lagi, kekeliruan itu berpunca gara-gara kurang jelas dengan isu merentas daerah yang dibenarkan semasa pelaksanaan PKP sama ada mengikut persempadanan daerah oleh polis atau Daerah Petaling.

"Saya cakna dengan masalah dihadapi oleh individu yang viralkan 'Adoi Malaysia Land Of The Confused Civil Servant And Politician".
-Ketua Polis Shah Alam-

Kekeliruan berterusan

Menurut sumber, isu ini telah tular di Facebook sebelum ini apabila individu itu menegaskan anak perempuannya dikompaun merentasi daerah selepas pulang ke Bukit Jelutong dari Subang Jaya susulan berlainan IPD.

Hal ini adalah kerana mengikut pengetahuannya terdapat sembilan daerah dan Subang Jaya serta Shah alam adalah di bawah daerah Petaling.

Justeru itu, individu tersebut terus memaklumkannya kepada IPD Shah Alam dan juga Majlis Keselamatan Negara (MKN) namun kedua-duanya mempunyai pendapat yang berbeza.

"Telefon IPD Shah Alam untuk pengesahan dan dimaklumkan kena saman disebabkan berbeza bidang kuasa IPD"

"Hubungi Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkaitan Prosedur Operasi Standard (SOP) berkaitan daerah, pegawai itu gagal menjawabnya namun menegaskan Subang Jaya dan Shah Alam adalah satu daerah ."

"Kemudian, soalan sama turut ditanyakan kepada Pejabat Kesihatan namun mereka juga keliru mengapa dikenakan saman susulan sama daerah."

-Ketua Polis Shah Alam-

Jalan penyelesaian

Berikutan masalah tersebut yang berpanjangan, individu tersebut dikenakan membuat surat rayuan pembatalan kompaun.

"Akhirnya, kena buat surat rayuan pembatalan kompaun dan membuang masa menghubungi bagi mendapatkan definisi daerah kerana semua keliru."

-Ketua Polis Daerah Shah Alam-

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen