Fikir sekejap nak tambah anak atau isteri, 'This Or That Challenge' Datuk K sempena ulang tahun kelahiran bikin dekah warganet

Aplikasi Tiktok kini semakin terkenal bukan sahaja dalam kalangan anak muda masa kini bahkan juga artis-artis tanah air.

Baru-baru ini, Datuk Seri SitiNurhaliza telah memuat naik satu video Tiktok yang memaparkan adegan suaminya yang dikenali sebagai Datuk K sedang menyahut cabaran pada aplikasi tersebut iaitu 'This or That Challenge' bersama dengan kawannya, Datuk Din.

 

Menerusi kapsyen yang ditulis oleh penyanyi terkenal tanah air itu lagi, video tersebut dibuat sempena menyambut hari ulang tahun kelahiran suaminya.

Perkongsian oleh pelantun lagu '7 nasihat' itu dibanjiri dengan komen para peminat yang rata-ratanya terhibur dengan gelagat spontam Datuk K sekaligus tidak menyangka lelaki yang disangkakan seorang yang serius selama ini rupanya kelakar dan 'sporting'

'Wow so sporting Datuk K ni'

'Ni sangat comel'

'Happy Birthday Datuk K'

Di kesempatan itu, warganet juga tidak terlepas menitipkan ucapan selamat menyambut ulang tahun kelahiran buat Datuk K atau nama sebenarnya Datuk Sri Khalid Mohamad Jiwa.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen