Akui tak boleh berjauhan dengan anak, Fazura alami 'Separation Anxiety'

Setelah sekian lama berehat dari bidang lakonan selepas bersalin, kini aktres wanita yang cantik dan berbakat, Fazura kembali membuka sayapnya dalam industri seni.

Kehadiran Fatima Aisyah dalam hidupnya benar-benar memberi kesan buat pelakon filem Manisnya Cinta di Cappadocia itu apabila dia menyatakan berat rasa ingin berjauhan dengan puteri comelnya memandangkan selepas ini dia akan kembali semula ke set penggambaran.

 

Luahan hati Fazura di ruangan Instagram miliknya meraih perhatian ramai terutamanya daripada golongan ibu yang rata-ratanya pernah mengalami pengalaman yang sama lebih-lebih lagi buat pertama kalinya memiliki anak.

'Separation Anxiety'

Ribuan komen yang membanjiri perkongsian Fazura, terdapat salah satu komen daripada seorang penyanyi iaitu Liza Hanim apabila dia menyatakan bahawa Fazura mengalami 'Separation Anxiety' iaitu kesukaran untuk berrenggang dengan anak.

Di samping itu, Fazura juga menerima beberapa pandangan daripada mereka yang berpengalaman yang menyatakan bahawa itu adalah perkara normal akan berlaku tetapi lama kelamaan ianya sudah menjadi perkara yang biasa.

'Percaya anak akan selamat'

'Lama-lama dah terbiasa'

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen