Janna Nick 'tutup' IG, gara-gara diserang peminat K-pop

Oleh: Zuzu Yasmine

Sekali lagi nama pelakon Janna Nick mendapat perhatian pengguna Twitter apabila dirinya didakwa mempersendakan kematian seorang artis K-Pop pada tahun 2018.

Difahamkan, isu berkenaan dibangkitkan kembali oleh peminat hiburan K-Pop yang menyifatkan Janna sebagai tidak menghormati pemergian artis K-Pop tersebut dengan bergelak ketawa selepas diusik Sharifah Sakinah dalam sebuah video.



Walaupun pelakon tersebut telah membuat pemohonan maaf dan tampil jelaskan perkara tersebut, namun peminat hiburan K-Pop masih lagi tidak berpuas hati.



Turut sindir girlband?

Malah keadaan bertambah hangat apabila, Janna juga turut didakwa menyindir ‘girlband’ ketika memperomosikan drama arahannya bertajuk Delen.

Perkara tersebut membuat warganet rasa tidak senang lalu mengecam tindakan pelakon tersebut yang dilihat tidak menghormati artis kegemaran mereka.



Trending hingga ke luar negara

Berikutan itu, #Jannanickisgoingtopaty telah tular di Twitter dan ‘trending’ dengan ribuan orang meninggalkan capaian berserta hashtag tersebut.



Tidak hanya peminat dari Malaysia, perkara ini juga telah sampai ke peminat luar negara yang mengecam tindakan Janna yang dikatakan mempersenda ‘girlband’ kegemaran mereka.



Instagram Janna dah tak ada?

Susulan daripada itu, akaun Instagram Janna Nick dilihat sudah tiada malah pelakon tersebut juga belum memberi sebarang kenyataan berhubungan isu itu.



Sehingga hari ini, hashtag yang diviralkan oleh pemiant K-Pop masih tular di Twitter dengan belasan ribu capaian.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen