"Acik penat..." - Gelagat Sharifah Shahirah buat netizen terhibur habis harapan anak

Oleh: Zuzu Yasmine

Memang tak kering gusi kalau melihat pelakon terkenal Sharifah Shahirah dengan gelagat spontan yang sememangnya mencuit hati.

Semalam, Sharifah Shahirah dan anak sulungnya Allisya Tahir menjadi perhatian apabila telah memasuki rancangan Family Duo yang merupakan program hiburan baharu TV3.



Difahamkan program tersebut pesertanya terdiri daripada artis Tanah Air akan berduet dengan seorang ahli keluarga masing-masing bagi merebut gelaran juara mingguan.




Menerusi muat naik seorang pengguna laman Twitter, ketika persembahan di pentas, ibu dan anak itu telah membawakan lagu Standing In The Eyes Of The World nyanyian Ella dengan begitu menghiburkan.



Video tersebut telah mendapat perhatian warganet apabila masing-masing tidak dapat menahan gelak kerana melihat gelagat Sharifah Shahirah yang bergaya seperti Ella sehingga para juri, Mark Adam dan Didie Alias tak henti ketawa.

Rata-rata warganet merasakan bahawa pelawak tersebut berserta anaknya telah melakukan persembahan yang terbaik malah mereka juga menyatakan bahawa terhibur dan seronok melihat gelagat dua beranak ini menyanyikan lagu dengan cara mereka sendiri.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen