Pekerja Pos Laju lastik anjing hingga cedera digantung kerja sementara siasatan dilakukan

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap haiwan peliharaan perlu dilindungi dengan sebaik mungkin, walaupun kadang kala mereka ini akan bertindak ganas dan agresif, itu bukan bererti perlu lakukan kekerasan terhadap mereka.

Lastik muka anjing

Tular baru-baru ini akan sebuah video di mana memaparkan rakaman CCTV seorang posmen bertindak melastik muka anjing peliharaan di sebuah rumah.

Video tersebut telah dimuat naik oleh Persatuan Haiwan Malaysia, meluahkan simpati akan nasib anjing yang mana sentiasa dipandang serong oleh segelintir masyarakat.

Takut-takutkan guna motor

Menerusi video yang dimuat naik itu, dapat dilihat lelaki yang memakai baju posmen serta menunggang motosikal itu berada di depan rumah, serta di dekati anjing yang dihalang oleh pagar.

Bagaimanapun, lelaki berkenaan telah cuba menakut-nakutkan anjing yang menyalak itu dengan motosikalnya sebelum mengeluarkan getah dan melastik ke arah muka anjing tersebut.

Alami kecederaan

Seperti tepat pada sasaran, anjing tersebut terlihat kesakitan malah mengundurkan diri agar berjauhan daripada lelaki berkenaan.

Telah dikenal pasti

Menurut laporan Word Of Buzz, Pos Malaysia telah mengesahkan akan perkara tersebut malah, suspek juga sudah dikenal pasti serta sudah pun digantung tugas sementara siasatan dalaman dilakukan.

Diharapkan perkara ini dapat diselesaikan dengan baik serta tidak akan berulang lagi selepas ini.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen