KPM benarkan pelajar hadir ke sekolah tanpa pakaian seragam hingga 26 Mac 2021

Oleh: Zuzu Yasmine

Umum tahu bahawa persekolahan bakal bermula pada 1 Mac depan bagi sekolah rendah dan 1 April untuk sekolah menengah, selepas penutupan berikutan mengawal penularan wabak Covid-19 di negara ini.

Ibu bapa bimbang pemakaian anak

Sehubungan dengan itu, selepas Menteri Kanan Pendidikan Dr Radzi Jidin mengumumkan pembukaan sekolah, rata-rata ibu bapa meluahkan rasa kebimbangkan akan etika pemakaian anak-anak.

Benarkan hadir tanpa pakaian seragam

Susulan itu, hari ini dalam satu kenyataan media memaklumkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membenarkan murid yang belum mempunyai pakaian seragam sekolah memakai pakaian yang sesuai dan kemas serta sopan untuk hadir ke sekolah.

"Kebenaran ini diberi mulai 1 Mac hingga 26 Mac 2021, iaitu sehingga cuti pertengahan penggal persekolahana tahun 2021.

"KPM berharap kebenaran ini akan membolehkan semua murid kembali hadir ke sekolah bagi mengikuti pembelajaran secara bersemuka," katanya.

KPM sebelum ini telah mengumumkan tarikh pembukaan semula sekolah untuk sesi PdP secara bersemuka akan dilaksanakan secara berperingkat mulai 1 Mac 2021.

KPM juga menegaskan bahawa akan sentiasa komited untuk melakukan yang terbaik.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen