Pilih nama Nur, gadis luah rasa gembira akhirnya dapat peluk Islam

Oleh: Zuzu Yasmine

Benarlah hidayah itu adalah milik Allah S.W.T, tidak kira umur, pangkat atau agama jika mencari hidayah itu tentunya akan ditemui.

Tular di laman Twitter akan seorang gadis dikatakan memeluk Islam berdasarkan gambar yang dikongsikan di akaun miliknya.

Pilih nama Nur

Pemilik akaun Qian Xing atau Nur Serena itu dikatakan telah memeluk Islam semalam malah memilih nama Nur sebagai tambahan pada namanya.

Menerusi perkongsian tersebut, Nur Serena terlihat ayu dengan memakai baju kurung serta bertudung di Pejabat Kadi Daerah Johor Bahru.

Teruja memeluk Islam

Difahamkan, sehari sebelum berhijrah, Nur Serena dikatakan tidak sabar untuk memeluk Islam malah juga dikatakan lancar membaca Al-Fatihah.

Terima kasih atas sokongan

Dalam pada itu, Nur Serena juga mengucapkan terima kasih kepada yang memberi sokongan kepadanya malah turut meminta maaf sekiranya pernah mengguriskan hari sesiapa. Bahkan, dia juga menyatakan akan memulakan hidup baru.

Sehubungan dengan itu, rata-rata pengguna laman Twitter mengucapkan tahniah serta meluahkan rasa syukur bagi menyambut kehadiran saudara baru itu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen