Isu jarum vaksin bertukar warna, ini penjelasan pakar perubatan

Oleh: Zuzu Yasmine

Semalam adalah detik bersejarah buat Malaysia apabila Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi individu pertama di negara ini menerima vaksin Pfizer-BioNTech dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Detik tersebut telah disaksikan oleh rakyat Malaysia sendiri yang ternanti-nantikan vaksin ini agar dapat membendung wabak penularan Covid-19 yang membimbangkan.

Bimbang jarum bertukar

Bagaimanapun, apa yang telah menarik perhatian warganet adalah warna batang jarum yang dikatakan telah bertukar hingga mencetuskan rasa tidak percaya.

Bagi menjelaskan keadaan tersebut, seorang pengguna laman Twitter yang dipercayai merupakan doktor telah menerangkan keadaan yang sebenar.

Pejelasan dari pegawai perubatan

Menurut Dr Fahkrul Radzi, beliau menjelaskan bahawa sedut menggunakan jarum biru adalah prosedur biasa dan akan dibuang selepas itu.

Jelasnya, pihak petugas kesihatan akan menggambil jarum yang baru bagi mengekalkan kebersihan kerana jarum sebelum ini sudah dicucuk pada botol dan dikhuatri akan ada kuman.

Saiz setiap jarum tak sama

Dr Radzi juga mengatakan bahawa setiap saiz jarum adalah berlainan dan jarum yang akan dicucuk ke kulit bersaiz lebih halus agar dapat mengurangkan rasa sakit.

Beliau turut berpesan agar orang ramai bertanya kepada mereka yang lebih arif mengenai bab ini dan tidak membuat kesimpulan secara terburu-buru.

Perkongsian  tersebut telah menarik perhatian warganet yang rata-rata dilihat memahami penjelasan tersebut.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen