Tan Sri Muhyiddin kongsi pengalaman selepas terima vaksin covid-19

Oleh: Zuzu Yasmine

Rabu lalu menjadi detik bersejarah buat Malaysia apabila Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menerima suntikan vaksin Covid-19 jenis Pfizer untuk dos pertama.

Sehubungan dengan itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkongsi sedikit pengalaman dan keadaan selepas beberapa hari menerima suntikan vaksin tersebut menerusi laman Facebook miliknya berikutan mendapat pelbagai soalan mengenai perkara itu.

“Alhamdulillah saya sihat”

Berdasarkan video berdurasi dua minit itu, Muhyiddin berkata keadaannya baik-baik sahaja dan tiada sebarang simpton yang kurang elok selain turut meminta agar rakyat bekerjasama dalam menangani wabak Covid-19.

“Saya yakin ini adalah vaksin yang selamat dan berkesan. Alhamdulillah, saya rasa sihat. Tak ada rasa demam, luar biasa. Makan macam biasa, selera macam biasa..

“.. Jadi bagi saya vaksin yang saya terima ini baik. Sekali lagi, saya meminta agar semua memainkan peranan masing-masing. Dengan cara ramai-ramai mendaftar untuk dapatkan suntikan,” kongsinya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri juga mengingatkan agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa masih dipatuhi oleh semua orang agar dapat memutuskan rantaian virus Covid-19.

“Terima kasih...”

Perkongsian tersebut telah diterima baik oleh warganet malah memuji sikap profesionalnya selain turut mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana sudi menjadi yang pertama disuntik vaksin di negara ini.

Alhamdulillah, selepas ini giliran rakyat pula menjalankan tugas menerima vaksin sekaligus membendung penularan wabak Covid-19.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen