"Kebenaran rentas negeri dan daerah akan dipertimbangkan..." - Dr Noor Hisham Abdullah

Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0, pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) semakin ketat, susulan peningkatan kes yang melonjak naik sehingga menyebabkan bukan sahaja aktiviti rentas negeri bahkan orang ramai juga tidak dibenarkan untuk merentas daerah.

Hal ini adalah apabila orang ramai hanya boleh bergerak tidak melebihi radius 10 kilometer ketika pelaksanaan tersebut dan ditambah lagi dengan pelaksanaan sekatan jalan raya yang menyukarkan orang ramai untuk melanggar peraturan tersebut.

Kebenaran rentas negeri dan daerah masih dipertimbangkan

Bagaimanapun, menurut Menteri Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah melalui satu kenyataan pergerakan merentas negeri dan daerah akan dipertimbangkan semula sekiranya 70 peratus rakyat Malaysia telah diberi suntikan Covid-19.

"Setelah mencapai 70 peratus rakyat divaksinasi, kita mungkin mempertimbangkan untuk memberi kelonggaran pergerakan rentas."

-Dr Noor Hisham-

Tambah beliau lagi, hal itu adalah bagi mengelakkan berlakunya lagi peningkatan kes sekiranya aktiviti merentas daerah dibenarkan seperti yang berlaku pada 7 Disember tahun lalu.

Hubung kait dengan negara lain

Di samping itu, perkara ini juga memerlukan perbincangan berhubung dengan pasport imuniti yang menentukan sama ada dibenarkan merentas negeri atau negara yang mana memerlukan penelitian dalam tempoh selama enam hingga sembilan bulan.

"Namun perkara ini masih dalam penelitian kerana kita memerlukan lebih banyak data. Mungkin dalam tempoh enam hingga sembilan bulan."

"Jika negara kita dan negara lain sudah mencapai imuniti kelompok, mungkin kita akan pertimbangkan (perjalanan rentas negara)."

-Dr Noor Hisham-

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen