Semangat cikgu buat kelas tambahan, dah siap beli makanan tapi hanya seorang pelajar datang

Tugas seorang guru memang mencabar dalam menangani ratusan orang pelajar dan situasi semakin sukar apabila sesi pembelajaran terpaksa dibuat secara atas talian.

Isu pelajar yang tidak menghadiri kelas atas talian yang cikgu lakukan setiap hari itu adalah perkara yang sudah menjadi lali buat kita semua namun, isu ini lebih tragis apabila kelas tambahan yang cikgu buat secara bersemuka pun masih ada lagi pelajar yang tidak hadir walhal kelas itu dibuat bagi tujuan persediaan untuk barisan pelajar yang menduduki peperiksaan besar SPM.

Perkongsian kisah pilu itu telah dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter yang bernama Ammar yang mana situasi tersebut terjadi ke atas ibunya sendiri yang merupakan seorang guru.

"Sedih jadi cikgu zaman sekarang ni, murid tak hargai." 

Begitulah antara luahan hati seorang anak melihat nasib yang menimpa ibunya apabila tidak sampai separuh kelas yang hadir ke kelas tambahan tersebut.

Selain sedih melihat rekod kehadiran, warga Twitter juga turut simpati dengan nasib guru tersebut apabila makanan juga sudah dipersiapkan untuk anak muridnya yang menghadiri kelas tambahan pada hari itu tetapi hanya seorang sahaja yang datang.

Perkongsian Ammar itu meraih perhatian ramai warga Twitter terutamanya yang rata-ratanya simpati dan tidak ketinggalan juga yang kecewa dengan perangai pelajar-pelajar masa kini.

 

Semangat cikgu

 

"Kalau taknak datang bagitahu cikgu awal-awal"

 

 

 

"Periksa esok lusa pun tak nak korbankan waktu tidur"

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen