Bukti sayang, pengantin lelaki serah duit hantaran RM20 ribu secara 'cash'

Wang hantaran sering menjadi bualan orang ramai tambahan pula ia dikatakan sering berubah mengikut peredaran zaman dan pangkat?

Perkara itu sedikit sebanyak menjadi kerisauan buat kaum lelaki di luar sana yang sedang berusaha mengumpul duit bagi menghalalkan seorang wanita untuk dijadikan isteri.

Meskipun ada segelintir pihak yang tak menjadikan perkara itu isu dan menerima seikhlas hatinya mengikut kadar kemampuan seorang lelaki, ada pula yang tidak berkenan dan menjadi buah mulut kenalan terdekat.

Bagaimanapun, perkongsian video oleh seorang warga Tiktok dengan menggunakan nama manjaboy90 ini telah mengejutkan warga Tiktok apabila video tersebut memaparkan wang hantaran 'tunai' sebanyak 20ribu disediakan oleh pihak lelaki.

 

Video kiriman pemuda itu meraih tontonan sebanyak lebih 16ribu dari pengguna Tiktok yang tidak menyangka wang sebanyak itu diberi secara tunai bukan dalam bentuk cek dan sebagainya.

Di samping itu, sebahagian daripada mereka ada juga tidak menganggap perkara itu isu yang serius sebaliknya mengharapkan semoga rumah tangga mereka berkekalan kerana menurut mereka setiap pasangan mempunyai cara yang tersendiri.

 

Berbaloi ke hantaran banyak tu?

Bahayalah, jangan tunjuk

 

Alhamdulillah, semoga dipermudahkan urusan

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen