Main futsal tak patuh SOP, sekumpulan pemain bola dikompaun RM1,000

Sejak pelaksanaan perintah kawalan pergeraka (PKP) 2.0, terdapat banyak aktiviti yang tidak dapat dilakukan termasuklah aktiviti sukan yang menyebabkan berlakunya bersentuhan antara satu sama lain.

Bagaimanapun, masih ada lagi segelintir pihak yang mungkin terlepas pandang akan perkara itu sehinggalah pihak polis menerima laporan menerima aduan daripada individu yang memaklumkan bahawa terdapat sekumpulan pemain futsal sedang bermail futsal.

Difahamkan kejadian yang berlaku pada 9.30 malam itu melibatkan seramai 28 individu yang berusia  antara 19 hingga 23 tahun yang mana kesemuanya telah dikenakan kompauan sebanyak seribu ringgit.

"Semua mereka dikompaun mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (1988 APPPB)."

-Ketua Polis Daerah Gombak-

Menurut sumber, denda itu dikenakan kepada sekumpulan pemain terbabit kerana gagal mematuhi SOP iaitu penjarakan fizikal sekaligus memaklumkan bahawa aktiviti tersebut masih tidak dibenarkan dalam sektor sukan.

Melalui kenyataan Ketua Polis Daerah Gombak iaitu Asisten Komisioner Arifai Tarawe mengaskan orang ramai supaya sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan kerajaan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen