Notis lisan telah dikeluarkan, eCurve bakal tamatkan operasi hujung Mac ini?

Pandemik Covid-19 nyata amat memberi kesan kepada seluruh rakyat dan sektor ekonomi lebih-lebih lagi kepada peniaga yang bukan sahaja terhadap peniaga kecil bahkan juga kepada pemilik premis pusat beli belah terkemuka.

Hal ini adalah kerana apabila kerajaan menutup beberapa sektor ekonomi menyebabkan pemilik pusat beli belah menerima impak yang sangat hebat susulan perkara tersebut.

Khabar angin belum jelas

Sejajar dengan perkara itu, sebuah pusat beli belah yang terkenal iaitu eCurve dilaporkan akan menamatkan operasi secara rasminya penghujung Mac ini.

Pengumuman itu pastinya mengejutkan apabila nama pusat beli belah yang sudah sekian lama beroperasi dan boleh dikatakan menjadi tempat kegemaran orang ramai bakal menamatkan pengoperasiannya.

Notis secara lisan telah dikeluarkan

Menurut sumber, rata-rata pemilik premis perniagaan di situ telah mendapat notis secara lisan dari pihak pengurusan pusat beli belah berkenaan namun, masih belum ada surat rasmi mengenainya.

Bagaimanapun, tiada pengumuman rasmi dibuat pengurusan eCurve berhubung perkara tersebut sama ada ia berbentuk sementara bagi tujuan penjenamaan semula atau sebaliknya.

Persoalan itu bakal terjawab selepas pengumuman yang akan dibuat oleh pengurusan eCurve sendiri dalam masa terdekat.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen