Bantah laungan azan dan ugut, Ketua Polis Labuan buka kertas siasatan

Setiap negara pastinya mempunyai kerakyatan yang memiliki kepelbagaian bangsa dan agama.

Meskipun begitu, keharmonian perlu saling dijaga dan dipelihara sesama rakyat bagi mengelakkan berlakunya perselisihan faham dan perpecahan seperti menjaga sensitiviti agama dan budaya sesama kaum.

Terima laporan bantah laungan azan

Bagi memperlihatkan kepada kita tentang isu perkauman ini adalah apabila pihak polis Labuan menerima sebanyak tiga laporan berkenaan hantaran melalui Facebook yang membantah laungan azan di Masjid Sultan Muhammad V.

Menurut sumber, laporan polis telah dibuat oleh Setiausaha Umno Bahagian Labuan iaitu Dzulfaizal Ab.Manan serta bahagian Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Labuan iaitu Musa Basman yang mana kedua-duanya telah membuat laporan tersebut pada hari yang sama.

Susulan kejadian tersebut, pemangku Ketua Polis Labuan iaitu Deputi Superitenden Mohd Ibrahim Mohd Ghani memaklumkan bahawa pihak mereka kini sedang memulakan penyiasatan dari pelbagai sudut bagi menyelesaikan isu sensistif berkenaan.

"Kita mengambil kira kepada laporan yang dibuat berkaitan hantaran di platform sosial media itu yang menyentuh sensitivti umat Islam."

-Ketua Polis Labuan-

Guna akaun palsu

Bagaimanapun, hasil sisatan mendapati pemilik akaun Facebook terbabit adalah palsu dan sejajar dengan perkara tersebut pihak polis masih dalam usaha mengenalpasti suspek dengan bantuan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM).

Selain memiliki akaun palsu dengan menggunakan nama Jason Ho dan memuat naik hantaran yang membantah laungan azan menggunakan pembesar suara, suspek didapati melakukan ugutan yang berbau perkauman.

"Apa yang dinyatakan individu berkenaan adalah sesuatu yang tidak wajar kerana selama ini di Labuan tidak pernah wujud bantahan berkaitan laungan azan."

"Individu ini mendakwa bahawa 'Islam Is Fake', pengganas dan sebagainya."

-Dzulfaizal-

Di samping itu, Pengurusi Majlis Perwakilan Penduduk Labuan itu juga turut memohon agar agensi yang berkaitan menjalanan siasatan segera berkenaan isu terbabit.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen