Status PKP 2.0 tamat atau tidak akan diumum esok

Oleh: Zuzu Yasmine

Bagaikan satu teka teki akan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 sama ada bakal dilanjutkan ataupun tidak yang masih berkuat kuasa di empat negeri ketika ini.

Menurut Menteri Kanan Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyatakan bahawa status PKP 2.0 di empat negeri akan diumumkan esok.

Beliau berkata, perkara itu akan dibincangkan dalam Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN), dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin, petang ini.

Katanya, keputusan sama ada ia akan dilanjut atau ditamatkan selepas 4 Mac ini akan diputuskan selepas Kementerian Kesihatan (KKM) membentangkan penilaian risiko dalam sidang khas itu.

"Saya pasti pasukan KKM, Ketua Pengarah Kesihatan akan membentangkan penilaian risiko pada mesyuarat itu, kami akan bincangkan dan menilainya sebelum membuat keputusan.

"Keputusan itu juga berdasarkan kepada pengalaman dan data yang diperoleh sejak setahun lalu.

"Sebagai kerajaan yang telus dan bertanggungjawab, penjelasan akan diberikan kepada rakyat bagi setiap keputusan yang diputuskan," katanya pada sidang media selepas Majlis Amanat Perdana Setahun Malaysia Prihatin di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Jelas Azmin, perlu ada justifikasi terhadap keputusan sama ada kerajaan akan melanjut atau menamatkan PKP 2.0 di empat negeri itu, dan ia akan dibuat berdasarkan bukti data dan sains.

Beliau juga mengatakan bahawa sebarang data dan fakta yang dikumpul juga sentiasa dikongsikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

"Alhamdulillah dengan sokongan rakyat dan banyak pihak memberikan pandangan, kita membuat keputusan yang baik setakat ini.

"Kita akan terus berbuat demikian, Insya-Allah ia akan diumumkan esok," ujarnya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen