Calon SPM terima berita ayah meninggal dunia selepas selesai jawab kertas peperiksaan

Kehilangan seseorang yang sangat bermakna dalam hidup kita merupakan perkara yang paling ditakuti oleh semua orang.

Hal ini adalah kerana seseorang itu mungkin menjadi punca utama kekuatan kita selama ini. Namun, apakan daya untuk kita menidakkan ketentuan Ilahi apabila orang yang paling kita sayang pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya.

Tak tergambar rasanya perasaan seorang calon SPM ini apabila dia dimaklumkan bapanya telah menghembuskan nafas terakhir akibat serangan jantung ketika pelajar tersebut sedang menjawa Kertas 2 subejk Matematik di dewan peperiksaan.

Menurut sumber, difahamkan bapanya iaitu Allahyarham Lans Koperal Wan Nor Halim Abdul Rahim merupakan anggota polis yang pernah bertugas sebagai pengawal pengiring kepada Almarhun Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mua'adzam Shah.

Tiba-tiba sesak nafas

Laporan yang dipetik oleh mstar secara terus melalui anak sulung Allahyarham iaitu Wan Izzudin memaklumkan bahawa keadaan ayahnya pada pagi itu biasa sahaja namun, mulai mengalami sesak selepas pulang bertugas syif malam.

Bimbang dengan keadaan tersebut, ayahnya terus dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan tetapi belum sempat tiba, ayahnya telah menghembuskan nafas terakhirnya sewaktu dalam perjalanan ke Hospital Seberang Jaya pada jam 11.21 pagi.

Tak nak ganggu tumpuan adik jawab SPM

Berkenaan dengan kisah adik perempuannya yang merupakan calon SPM dan sedang menjawab peperiksaan subjek Matematik Kertas 2 ketika itu membuatkan dia (Wan Izzuddin) mengambil keputusan untuk tidak mahu memberitahu khabar duka itu kepada adiknya kerana tidak mahu mengganggu tumpuannya.

"Masa tu ayah sudah disahkan meninggal dunia. Tapi kami tak nak ganggu tumpuan dia sehingga selesai peperiksaan dahulu."

"Jiran kemudian membantu menjemput adik saya di sekolah dan dalam perjalanan ke hospital barulah adik dimaklumkan abahawa ayah dah tak ada."

"Dia hanya menangis dan banyak mendiamkan diri bila tahu ayah dah tak ada. Kami sekeluarga beri semangat untuk dia terus kuat menduduki SPM"

-Wan Izzuddin-

'Ayah seorang yang tegas dan garang'

Berkongsi cerita tentang sifat dan perwatakan arwah bapanya pula, menurut Wan Izzuddin bapanya seorang yang tegas dan dan garang.

Pun begitu, bapanya juga mementingkan pendidikan anak-anaknya dan selalu menitipkan pesan supaya belajar rajin-rajin.

"Sebagai polis, karakter ayah nampak tegas tetapi sebenarnya ayah suka membantu orang lain selain sering menggunakan budi bicaranya."

-Wan Izzuddin-

Tambahnya lagi, sewaktu adiknya mula-mula menduduki SPM arwah bapanya telah meninggalkan pesan supaya adiknya itu belajar rajin-rajin dan sepertinya berhasrat ingin sekali melihat satu-satunya anak perempuan miliknya menjadi seorang guru.

"Ayah tahu impian adik saya untuk menjadi guru, dan ayah begitu menyokong. Sesibuk mana pun ayah apabila bertugas, dia tetap seorang ayah yang penyayang."

-Wan Izzuddin-

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen