Alami komplikasi hati sejak kecil dan kritikal, Afiq Ikmal hembuskan nafas terakhir pagi tadi

Memasuki hari kedua bulan Mac pada tahun ini, Malaysia digemparkan dengan kehilangan seorang penerima hati pertama Malaysia iaitu Mohd Afiq Ikmal Muhammad Zaini.

Perkara itu dimaklumkan oleh penderma hati iaitu Wan Mohd Hafizam Wan Ismail apabila dia menerima khabar itu melalui ayah arwah Afiq sendiri pada pagi tadi.

Kritikal, tak sedarkan diri

Sebelum ini, Mohd Afiq Ikmal dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dan tidak sedarkan diri akibat komplikasi hati selepas 23 tahun menjalani pembedahan hati.

Pernah jalani pemindahan hati

Difahamkan, Mohd Afiq menerima penderma hati  dari seorang Pegawai Bersekutu Angkatan Pertahanan Awam (APM) meskipun mereka tiada pertalian saudara dan menurutnya keputusan itu dibuat atas dasar kemanusiaan.

Seterusnya, Afiq menjalani pembedahan itu ketika berusia 14 bulan selepas Wan Mohd Hafizam menyatakan kesudiannya ingin mendermakan sebahagian hatinya.

Waris masih tidak dapat dihubungi

Menurut sumber, Mohd Afiq Ikmal yang berusia 23 tahun yang sebelum ini dirawat di Hospital Selayang menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 5 pagi hari ini.

Pun begitu, sehingga kini pihak media masih cuba untuk mendapatkan sendiri perkembangan semasa daripada waris Afiq namun, tiada dapat dihubungi .

Sumber melaporkan jenazah Afiq akan dibawa pulang ke kampung bapa Allahyarham di Tikam Batu, Sungai Petani.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen