Status PKP 2.0 di Selangor, KL, Johor dan P.Pinang ditukar ke PKPB bermula 5 Mac

Oleh: Zuzu Yasmine

Menjawab teka teki orang ramai, pihak kerjaan menerusi Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) membuat keputusan menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di empat negeri iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang bermula 5 Mac ini dan digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Walau bagaimanapun, larangan rentas negeri seluruh negara masih lagi dikekalkan seperti sebelum ini.

Perkara tersebut diumumkan oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan tersebut dibuat di atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia berikutan kes menunjukkan penurunan dan kadar kebolehjangkitan menurun selain kes kluster dan kes komuniti menurun.

Sebelum ini, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 kekal dilaksanakan di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang sehingga 4 Mac.

Dalam pada itu, Ismail Sabri juga memaklumkan bahawa negeri Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan bertukar status PKPB sehingga 4 Mac dengan Perlis satu-satunya negeri yang ditukar statusnya kepada PKP Pemulihan (PKPP).

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen