"Beri seringgit, ‘demand’ minta lebih siap kena cubit..." - Warganet kongsi cerita diganggu peminta sedekah di ibu kota

Oleh: Zuzu Yasmine

Umum tahu bahawa rakyat Malaysia ini ramai yang baik hati dan juga pemurah malah, tidak boleh lihat orang lain dalam kesusahan tentu sahaja akan dihulurkan bantuan.

Bagaimanapun, sikap sesetengah orang yang cuba mengambil kesempatan ini sememangnya membuatkan orang lain sangat berhati-hati dalam memberi sedekah atau bantuan.

Selamba halau peminta sedekah

Terbaru, seorang pengguna laman Twitter memuat naik akan video pengacara terkenal Azwan Ali atau mesra disapa Diva AA yang memaparkan dirinya didatangi seorang pengemis cilik lalu dihalau pergi.

“Out, sebelum aku ludah,” jerit Diva AA.

Meskipun pada awalnya tindakan berkenaan tidak disenangi oleh segelintir pengguna Twitter namun, rupanya ada kisah tersendiri yang membuatkan ramai netizen tampil menjelaskan keadaan sebenar.

Rupa-rupanya ada kisah

Difahamkan, segelintir warganet juga dikatakan pernah berdepan dengan pengemis cilik yang dipercayai Rohingya yang berkeliran di kawasan ibu kota.

Menurut warganet, penegmis cilik yang berkeliaran di situ bersikap kurang ajar malah sanggup menipu untuk mendapatkan wang dengan cara yang mudah.

Lebih mengejutkan, perkara tersebut juga diakui beberapa pengguna Twitter yang mengalami pengalaman seumpama itu ketika di sekitar ibu kota malah dipercayai didalangi oleh sindiket sama.

Bukan warganegara

Sehubungan dengan itu, ada juga warganet yang mengatakan bahawa kebanyakan kanak-kanak yang meminta sedekah itu bukan warganegra Malaysia sebaiknya warga Rohingya atau Myanmar.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan bahawa aktiviti yang dilakukan oleh kanak-kanak berkenaan secara sukarela ataupun tidak, malah sempat berseloroh bahawa orang Malaysia adalah pemurah.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen