"Itu hak Nabila." - Sharnaaz respond hubungan Noor Nabila & Engku Emran

Oleh: Zuzu Yasmine

Hari ini kecoh akan spekulasi bahawa Noor Nabilah kakak kepada selebriti terkenal Neelofa sedang hangat menjalinkan hubungan cinta dengan Engku Emran yang merupakan bekas suami kepada Erra Fazira dan Laudya Chynthia bella.

Tak nak komen

Sehubungan dengan itu, bekas suami kepada Nabila iaitu Sharnaaz Ahmad enggan mengulas lebih lanjut akan dakwaan tersebut ketika dihubungi.

Menerusi laporan Astro Gempak, pelakon berusia 36 tahun itu berkata itu adalah hak Nabila jadi lebih baik untuk dia tidak mencampuri urusan berkenaan.

“Saya tak nak komen apa-apa. Itu hak Nabila,” katanya ringkas.

Sebelum ini, nama Nabila dan Engkau Emran menjadi bualan di laman sosial Forum Cari memuat naik gambar memperlihatkan mereka berada di satu lokasi yang sama.

Masih belum ada penjelasan

Malah, pasangan ini juga dikatakan berkayuh basikal bersama-sama memandangkan keduanya menggemari aktiviti sukan tersebut.

Walau bagaimanapun, kesahihan perkara tersebut tidak dapat dipastikan kerana masing-masing tidak memberikan apa-apa penjelasan lagi berkenaan spekulasi tersebut.

Terdahulu, Sharnaaz dan Nabila telah berkahiwn pada 31 Mac 2017 namun berpisah pada 9 Julai tahun lalu. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata, Jebat Jayden Ahmad kini berusia dua tahun setengah

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen