"Woi, SPM habis woi!"- Lari keluar sekolah, gelagat pelajar ni buat ramai berdekah gelak

 

Semalam merupakan hari yang paling ditunggu-tunggu buat pelajar yang mengambil subjek teras dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) apabila mereka sudahpun selesai menjawab kertas terakhir pada tahun ini.

Bagaimanapun, masih ada lagi pelajar yang belum selesai sepenuhnya bergantung kepada jumlah subjek yang mereka ambil.

Pun begitu, sudah menjadi kelaziman buat pelajar ini meraikan kegembiraan mereka seperti menconteng baju, ada yang melafazkan rasa syukur dengan membuat sujud syukur dan sebagainya mengikut kepercayaan dan cara mereka sendiri.

'Yeayy dah habis SPM!"

Begitulah juga yang dilakukan oleh seorang pelajar SPM ini apabila dia mengekspresikan rasa gembiranya itu dengan berlari dari perkarangan sekolah sehingga ke pagar sekolah sambil menjerit, "Yeayy dah habis SPM!"

 

Video itu menerima pelbagai respon daripada warga Facebook yang rata-ratanya tumpang gembira dengan pelajar tersebut yang sepertinya lega selepas habis peperiksaan SPM setelah setahun Kementerian Pendidikan mengambil keputusan  untuk menangguhnya susulan pandemik Covid-19 yang mencatatkan rekod paling membimbangkan sebelum ini.

'Happynya budak ni."

'Selamat datang ke dunia tipu-tipu'

'Sekolah lagi best'

'Sampai rumah je turun berat badan'

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen