Hasrat naik pentas 'konvo' tak kesampaian, lima graduan UiTM terlibat kemalangan

Tragis! Lima graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM) terlibat dalam kemalangan di Kilometer 396 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Hentian Rehat dan Rawat Ulu Bernam, awal pagi ini.

 

Langgar pembahagi jalan

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Noor Azam Khamis, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.35 pagi dan mengerahkan anggota ke lokasi kejadian.

"Kemalangan melibatkan sebuah Proton Saga yang dinaiki lima graduan perempuan berusia 21 tahun, telah terbabas dan melanggar pembahagi jalan."

"Akibat kemalangan tersebut seorang daripada mereka tersepit di bahagian hadapan dan mengalami kecederaan parah."

"Manakala empat lagi rakan mangsa pula mengalami kecederaan ringan dan kesemua merelka telah dibawa ke Hospital Slim River untuk rawatan lanjut."

-Azam Khamis-

 

Kemalangan babitkan 5 graduan UiTM

Lebih menyayat hati, pihak bomba memaklumkan kesemua mangsa dipercayai akan menghadiri Majlis Konvokesyen di UiTM Shah Alam.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen