Nama jadi bualan rakyat, kaunselor titip pesan untuk Caprice. -"Sudahlah, jadi orang baik..."

Seorang kaunselor bernama Hj Mokhtar menerusi videonya di Tiktok menitip pesan buat penyanyi rap sensasi yang kini makin menjadi tumpuan rakyat iaitu Caprice.

Pesanan buat Caprice

Video tersebut dibuat bagi mengulas lanjut tindakan Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramil yang dilihat begitu aktif dalam menyelidik kes yang terkait dengan pendakwah PU Azman baru-baru ini.

 

@crhjmokhtar VIRAL KASI CAPRICE.... #puazman #caprice #muhasabahdiri #ayahhj #crhjmokhtar #tiktok #fypシ ♬ original sound - Kaunselor HjMokhtar (AyahHj)

 

"Bang haji bukan nak bela sesiapa tapi Caprice, sudah-sudahlah buat macam tu...."

"Rasulullah SAW marah, tak suka kepada orang yang buka aib sendiri, apalagi buka aib orang lain."

"Sudahlah, ingat mati..."

Selain itu, beliau juga meminta agar penyanyi muda itu menjadi orang baik dan berhenti berbuat demikian yang kononnya ingin membela agama dan bangsa.

Niatnya tidak salah, namun caranya menyelesaikan setiap isu itu agak tidak wajar.

"Sudahlah, ingat mati...kita jadi orang yang baik, buat kerja baik, tak payahlah nak jadi pembela agama, pembela bangsa dengan cara viral, mengaibkan orang lain."

Untuk makluman, PU Azman atau nama sebenarnya Azman Syah Alias telah dhadapkan di Mahkamah Sesyen atas lima pertuduhan melakukan amang seksual terhadap dua remaja lelaki.

Sejak daripada kes perbicaraan itu, Caprice antara individu yang dilihat aktif berkongsi info tentang kes tersebut yang mana menurutnya maklumat tersebut diperoleh daripada mangsa sendiri.

Malah, dia juga amat komited untuk membantu individu yang pernah menjadi mangsa agar mereka mendapat pembelaan yang sewajarnya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen